Puas hati

by 12:21 PM 0 comments

 GAYA STREET album launching by JIAJA
 Pada hari sabtu yang lepas 30.10.2010 dalam jam 7.30mlm seperti yang di jangakan kumpulan muzik tempatan yang di kenali dengan lagu KURA KURA ini telah muncul di khalayak ramai.Bertempat di Damai Kopitiam yang dulunya di kenali sebagai Olde Kopitiam.Saya sempat bertanya kepada tauke kedai tersebut,berapa oranglah kalau full ni kedai?tauke tu cakap,sikit jak bha,adalah dalam 150 orang.SIKITTTTTTTTTTT?,waiiinahhh,many people bah itooo...:)

Mana tidak,sampai ada yang berdiri diluar untuk menyaksikan persembahan kumpulan JIAJA ini.Mereka membawakan dalam 10 buah lagu untuk memenuhi permintaan peminat mereka yang ada di majlis tersebut.Dan pelancaran album mereka di rasmikan oleh seseorang VVIP yang aku tahu namanya Moses De Silva.Cool juga mamat ni,support sama muzik indie..


Aku terkejut juga bila melihat EMCEE pada malam itu adalah anak didik aku sendiri iaitu Dj Jason.Yang suatu kenita pernah menjadi penyampai di radio online SABAHAN.FM !siukk bah didengar~.tetapi,agak sibuk kebelakangan ini atas urusan kerja yang menkehendaki beliau INN OFF antara Sabah & semenanjung Malaysia.So,pihak pengurusan SABAHAN.FM memahaminya..:)

Apa tidaknya,Jason jadi EMCEE sure mantap lagi la majlis malam tersebut.Ditambah lagi dengan gelagat Drummers kumpulan Jiaja iaitu KARUK.Dia sendiri menyanyikan beberapa bauh lagu untuk hiburan pada malam tersebut.Sampai buli dikira dia pun dah jadi vokalist pada malam tersebut.Sampai lagu CINA pun dia nyanyi juga.Atas sebab hadirin yang ada pada malam itu dari dari pelbagai bangsa & agama.1Malaysaialah katakan....:)

Backdrop pada malam tersebut

Sebagai tetamu dan peminat kumpulan JIAJA,amat tidak rugilah dengan membayar RM25 sebagai tikit masuk untuk melihat persembahan mereka.Ianya termasuk makan & minum yang di sediakan oleh Damai Kopitiam.Disertakan dengan Minuman panas lagi dan termasuk CD Album kumpulan Jiaja.Tidak lupa juga,Jiaja menyediakan CUP CAKE yang limited edition untuk tetamu pada malam tersebut.Ianya di sediakan oleh keluarga kumpulan Jiaja selaku tulang belakang mereka di dalam persada seni.

Seperti yang di janjikan,apabila sahaja bunyi KEYBORD iaitu intro lagu KURA KURA,para tetau semuanya bersorak dan menyanyi bersama sama mereka akan lagu berhantu tersebut.Apa tidaknya,lirik lagu tersebut menceritakan mengenai binatang perliharaan Jie selaku vokalist kumpulan ini.Hingga menjadi siulan dari perbagai peringkat usia.Bukan sahaja kanak kanak,Bapak anak2 pun tidak ketinggalan juga bersiul akan lagu KURA KURA ini.

inilah yang di harapkan kepada band band tempatan lain.Jadikan Kumpulan JIAJA ini sebagai IDOLA anda dalam memartabatkan industri muzik tempatan.Dan janganlah anda membanding banding kan anta kumpulan yang ada di Malaysia mahupun Sabah.Masing masing ada konsep atau genre dalam muzik yang di pertaruhkan.Sama samalah kita memperkembangkan muzik tempatan ini tidak kira di mana jua anda berada.Apatah lagi di zaman IT yang tiada sempadan.

Pelbagai radio Online telah ditubuhkan di Sabah ini untuk jadi perantara ANDA untuk memperg\dengarkan lagu lagu ciptaan anda.Antaranya radio online No1 di Sabah iaitu SABAHAN.FM.Mereka senantiasa membantu  bakat bakat baru dengan memainkan lagu lagu mereka secara percuma.Demi memeriahkan dan memperkenalkan BAND anda di telinga pengguna Internet.terutamanya FACEBOOK.

p/s
Sila hantarakan lagu2 anda melalui email 
djsabahanfm@sabahan.net
langau@sabahan.net
langau78@gmail.com


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..