Made from Membakut, Sabah

by 11:24 AM 1 comments
Another Silent Circus 
Last week masuk lagi satu info mengenai satu band ini yeng ingind i kenali sebagai Another Silent Circus.So,aku pun tengoklah info pasal band ini di FB mereka.Sekali aku amati,salah sorang lineupnya adalah si Luther.Pemain drum untuk kumpulan 3rd Dice.So,mengkali ini adalah Band projet dia lah.Sebab sudah menjadi trend anak anak muda sekarang ini  untuk menyertai lebih dari satu band.Mereka selalu panggil "Projek Band"

Anggotan band ini terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Luther selaku Vokalist,Afdeny pemain Gitar,Imran selaku pemain Bassist,keybord juga vokalist & Affidy pemain drumm.Kalau di perhatikan mereka sangat berbakat dalam bidang muzik ini.Apa tidaknya,satu anggota sampai 3 alat muzik yang di mainkan,hebattt..




Pada mulanya band  ini di tubuhkan sekitar awal tahun 2001 dimana Afdeny & luther adalah geng sejak di bangku sekulah lagi.Dan sering kali jamm bersama sama sekitar membakut dan jamming studio yang berhampiran.Begitu juga dengan Imran,dia adalah rakan kelas sebelah dan juga meminati muzik.Jadi,mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan.

Akan tetapi,Adik kepada Afdeny iaity Affidy sangat minat bermain drum.Jadi dia di beri kepercayaan untuk menjadi salah sorang ahli kumpulan Another Silent Circus.Dan mereka mula lah aktif membuat jamming session di tempat2 jamm sekitar area mereka.

Hingga lah mereka menagmbil keputusan untuk merakamkan DEMO pertama mereka yang di beri judul Break It down.Dimana DEMO ini telah di rakamkan sendiri oleh mereka dan mereka juga yang membuat mixing secara sendiri.Tanpa meminta bantuan pada mana mana orang yang sepatutnya.Inilah yang kita banggakan di mana band band kita suka membuat experimen sendiri untuk memperkenalkan lagu mereka dengan cara tersendiri.

Inilah dikatakan Zaman IT,semua benda boleh di buat sendiri dengan mengunakan perisian perisian yang tertentu.Apatah lagi dengan pertolongan band member itu sendiri,mereka memerah otak untuk menyiapkan DEMO pertama dengan bersungguh sungguh.

Setelah mendengarkan DEMO ini,rsanya mereka telah berjaya menghasilkan satu DEMO yang tidak kurang hebatnya.Walaupun mereka mengatakan DEMO ini teruk kualitinya.Bagi saya,ianya tidak menjadi masalah dan halangan untuk membantu mereka memperkenalkan siapa itu Another Silent Circus.

Sekiranya anda ingin mendengarkan DEMO ini,sila klik pages mereka iaitu Another Silent Circus dan anda boleh dengarkan dan hayati jiwa yang di bawa oleh band ini.Mereka juga berbesar hati sekiranya mereka di beri peluang untuk bermain di pentas GIGs atau mana mana acara muzik.Sekiranya ada Battel of the band,rasanya band ini tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

So,kita selaku peminat muzik aliran bawah tanah ini,harus membantu mereka dengan mendengarkan DEMO mereka dan memberikan sebarang komen membina untuk mereka memperbaiki segala kelemahan atau kekurangan dalam penghasilan lagu lagu seterusnya..

Support our local band...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..