Lebah pandai menyanyi

by 2:12 PM 0 comments
Feelhoney
Alhamdulillah,nampaknya blog saya ini tak tertumpu kepada band band yang memainkan muzik rancak sahaja.Sebelum ini anda telah saya kenalkan dengan kumpulan nashyid INDIE yang bernama ELHAMZ,kini sebuah lagi kumpulan nashyid yang ingin di kenali sebagai FEELHONEY akan memeriahkan lagi industri muzik tanah air mahupun tempatan.

Feelhoney ini merupakan sebuah kumpulan vokal INDIE yang membawakan lagu lagu berkonsepkan keagamaan dan kemasyarakatan umum.Tidak juga ke arah satu agama sahaja,iaitu Islam.Malah sekiranya anda mendengarkan lagu langu mereka,ianya adalah umum.Terbuka pada setiap lapisan masyarakat.Memang sesuai dengan saranan PM kita ke arah 1Malaysia.



Feelhoney ini di anggotai oleh 5 mahasiswa yang masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA di semenanjung.Mereka ini adalah Hasbi Haji Muh Ali (Sabah ), Fadli Hilmi Mail (Sabah), , Mohd Haniff Ismail(Sabah) dan Nur Amin Mulia Amir Salleh(Sabah) & Muhiddin Patahol Wasli(Sarawak).Empat orang dari ahli kumpulan ini berasal dari Sabah.Amat membanggakan sekali kerana,meraka secara tidak langsung memperkenalkan budaya orang Sabah


Kumpulan ini telah munzul dengan single pertama mereka yang berjudul "KISAH CINTA" yang di terbitkan pada bulan Ogos yang lepas.Segala urusan proses rakaman serta lagu lagu mereka ini adalah kelolaan mereka sendiri.PAsal itulah mereka ingin di kenali sebagai kumpulan nashyid INDIEpendent.Bernaung di bawah syarikat rakaman sendiri.Tanpa mengharapkan bantuan dari mana mana pihak.Bab ni yang aku suka,boleh BERDIKARI sendiri bah kan..:)

 Bukan setakat single sahaja,malah ada beberapa lagi lagu pengenalan atau DEMO untuk anda dengar sendiri hasil karya mereka sendiri ini.Semua lagu lagu ini,anda boleh dengarkan melalui fan pages mereka.Anda sebagai pengemar muzik,anda nilailah  cara mereka menghasilkan lirir serta pengubahan lagu.Almaklumlah,mereka pun masih baru dalam industri ini.Sentiasa perlukan bmbingan dari mereka mereka yang arif dan mahir dalam aliran konsep muzik sebegini rupa.


Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan Feelhoney ini,sila layari website mereka di Feelhoney serta jangan lupa menjadikan fan pages mereka sebagai salah satu fan pages anda di FB anda dengan mengklik Feelhoney Fan Pages

Buat masa ini,mereka telah menghantarkan lagu "SEKADAR LELAKI BIASA" untuk peminat peminat lagu lagu nashyid ini kepada saya.Insylahha,saya akan mainkan lagu ini masa saya bersiaran nanti.Dan kepada yang belum pernah mendengarkan lagu tersebut,saya telah sediakan Youtube di bawah.Silakanlah mendengarkannya dan harap terhibur






p/s
Sabahan people semestinya menyokong sebarang bentuk muzik.Apatah lagi yang berlandaskan INDIEpendent..Semoga berjaya dalam bidang yang di ceburi..

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..