Kenapa Rendah?

by 10:00 PM 0 comments

Kenapa Rendah?emm,mana lah aku tauk,Huahuahuhaa,kena tanya band ini lah,pasal apa mereka pilih nama band ini WHYLOW.

Band ini di tubuhkan sekitar tahun 2005 dan pada masa itu mereka terdiri daripada 4 orang member.Antaranya DHAN selaku vokalit & pemain gitar,MIE selaku gutar kedua,ANDY pula selaku pemain bass dan RUDY selaku pemain drum.Mereka ini aktif buat jamming session di mana mana jamming studion sekitar Papar.Almaklumlah,mereka mereka ini berasal dari Daerah Papar,iaitu Bongawan.

Andy,Mie,Dahn & Rudy

Dahn telah mengambil langkah drastik iaitu cuba cuba berjinak jinak dengan menyertai pentas GIGs yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu untuk memperlihatkan akan lagu lagu ciptaan mereka juga kehebatan mereka di atas pentas.Alhamdulillah,mereka juga sering kali di jemput untuk bermain GIGs oleh penganjur2 yang mengenali band ini.Terutamanya Suara Anak Borneo,dan mulai disinilah titik tolak band ini berjinak jinak mengeluarkan DENO & single mereka untuk peminat lagu lagu INDIE melalui myspace mereka

Penghujung tahun 2008,Whylow telah menghasilkan  3 lagu EP iaitu CAHAYA,PARADIGMA & ITS OUR FAULT.Hari ini dalam sejarah dimana mereka telah mengeluarkan Mini Album lah kunuk,iaitu memuatkan 3 lagu EP mereka dan di tambah lagi dengan 2 lagu baru iaitu GABAN the Anthem & RASIONAL.Kesemua lagu lagu ini di rakamkan di sebuah studio yang terdapat di daerah Bongawan juga yang dimiliki oleh Yuan Eddie.Yang mana,beliau berpengalaman juga dalam proses rakaman lagu lagu ini.Studionya bernama AES STUDIO.




Nah,Whylow dah mula berani  berkongsikan EP mereka yang telah lama di perap dan kini dah ada di pasaran tempatan iaitu LIMITED COPY iaitu sebanyak 50 keping SAHAJA.Sekiranya anda seorang penyokong industri muzik tempatan,terutamanya di Sabah,belilah EP band band INDIE ini untuk di jadikan koleksi peribadi anda.

Semestinya anda boleh dapatkan melalui membuat pangilan talipon atau menunjungi hometowndistro untuk mendapatkan EP ini.Jangan lambat lambat,nanti kehabisan stok.lagipun harganya sangat berpatutan iaitu rm10 SAHAJA.

p/s
Kalau bukan KITA,SIAPA lagi ?

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..