Dalam pasaran sudah

by 3:04 PM 0 comments

Pada mulanya mereka tak berani nak tonjolkan diri pada orang umum.Orang yang saya maksudkan adalah band band INDIE ini.Mungkin mereka masih malu atau tak yakin akan diri mereka.Sekarang alhamdulillah,dah berani buat kompilasi lagu lagu mereka untuk memeriahkan indistri muzik tempatan terutamanya di Sabah.

Kali ini,kumpulan yang amat dikenali dengan gelagat HAPENNING mereka masa GIGS tak lain tak bukan ORANG PLANET telah menyediakan Cd kompilasi untuk pasaran sekitar Kota Kinabalu.Sekiranya anda berhampiran dengan bandaraya Kota Kinabalu,jang lupa untuk mendapatkan CD kompilasi ini yang mana ada terda[at di kedai hometowndistro.Buat masa ini,jumpahnya adlah terhad,iaitu 6 keping sahaja,ini sebagai permulaan.Sekiranya mendapat sambutan,akan di tambah lagi salinan untuk peminat muzik INDIE ini.




Kompilasi kali ini menampilkan beberapa buah band yang sering kali anda lihat membuat persembahan di pentas pentas bawahtanah (Underground GIGs).Almaklumlah,mereka ini juga ingin bekarya dan memperlihatkan hasil karya mereka melalui lagu lagu ciptaan mereka sendiri.Antara lagu yang terdapat dalam CD ini adalah seperti di bawah:-
  1. Butang - Lagu si Kamir
  2. Butang - Self Title
  3. Emergency call - Hanya satu
  4. Emergency call - maxine
  5. Harmonika - Pelangi
  6. Harmonika - Perjalanan Ku
  7. Orang Planet - Publisiti
  8. Orang Planet - Kota Kinabalu
  9. Smoothimday - No Education
  10. Sludgy - Sorry
  11. Sludgy - Incest
  12. The Chihuahua - Akan ku
  13. The Chihuahua - Boneka
  14. The Mines - Aku & Dirimu
  15. The Mines - Maafkan
  16. The Waves - Kebosanan


Kali ini,mereka hanya menawarkan harga RM8 untuk sekeping.Rasanya harga tersebut sangat berpatutan dan berbaloi untuk di jadikan koleksi peribadi.Sebab bukan senang kita mendengarkan band band INDIE ini beraksi di pentas,apatah lagi mendengarkan lagu lagu mereka berkumandang di radio Frekuensi.

Sabahan.FM lah yang bertanggungjawab membantu mereka (Band band INDIEpendent) ini untuk dikenali akan muzik mereka.Dan juga,sekiranya radio radio online yang lain pun ingin turut serta membantu mereka dengan memainkan lagu lagu mereka,kami berbesar hati.

Jadi,apa tungu lagi,jom ke Hometown Distro dengan segeraaaa.....

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..