Black Metal dari Membakut

by 12:44 AM 3 comments

Naberius
Ini adalah kali kedua aku buat ENTRI mengenai band Black Metal.Sebelum itu,aku mohon maaf sekiranya ada info yang tak betul.Harap di tegur dan di perbetulkan sahaja.Bukan apa,rasa seperti tidak adil kalau tiada menulis artikel mengenai aliran muzik keras atau Black Metal ini dalam blog ini.Padahal,ada beberapa lagu masuk dalam email aku untuk di kongsikan bersama.Insyallah,akan aku cuba untuk memutarkan lagu lagu Metal ini.Kena ada caranya,sure teda ada masalah tu..:)

Kali ini,aku nak cerita pasal band Naberius.Band ini berasal dari Membakut,Papar.Sebenarnya aku ingin berjinak jinak dengan muzik ini.Namun,yaah memang betul kata pemuzik,kalau tak ada asas atau bukan JIWA METAL,memang susah nak layan ni lagu.Aku akui yang aku memang sukar nak paham.Tapi,tak semestinya aku tak boleh buat artikel.betul tak..

Naberius

Band ini di anggotai oleh lima orang anak muda yang memang menjiwai muzik Metal ini.Mereka adalah Aragonth,Sakhrath,Naminth,Yamullah & Mantdau.Anda boleh lihat sendiri nama nama mereka pun sangat unik.Itu adalah salah satu konsep Metal yang harus ada pada peminat muzik ini.

Baru baru ini aku cuba berhubung dengan salah sorang anggota kumpulan ini.Dan alhamdulillah,dia bersetuju untuk memberikan Single mereka yang berjudul Beyond The Death.Cuma sayangnya anda tidak dapat mendengarkan lagu ini secara terus.Kerana menera tidak mempunyai Myspace.Rasanya mereka perlu menyediakan akaun Myspace untuk peminat peminat mereka mendengar lagu mereka.On going lah bah tu kali,so,u all rilex jak aaah...:)

Buat masa ini,rasanya mereka lebih aktif bermain GIGS di pentas pentas yang berteraskan muzik Metal atau Hardcore.Sekiranya anda ingin mengenali band ini,sila kunjungi fan pages mereka iaitu NaberiuS di Facebook.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..