Yayan Makin Matang

by 11:02 AM 0 comments
yayan
Alhamdulillah,lagu maafkan aku lagu bari makin power liriknya.lagu yang saya maksudkan adalah PETUALANG MATA BIRU.Kali ini Yayan menampilkan rakan seperjuangan nya dalam aliran Hip Hop iaitu Khalid.rasanya Khalid ini juga berasal dari labuan.

Menurut yayan,kali ini dia memberikan peluang kepada Khalid untuk memperlihatkan hasil liriknya dan yayan hanya mengubah lagu tersebut.Pertama kalis saya dengar,bunyi seruling amat menyentuh perasaan dan verse 1 pun dah melaungkan kata kata marah akan keganasan yang tiada penghujungnya.

Apa apa pun,bagi saya sendiri selaku peminat YAYAN,lagu ini sudah menampakkan bahawa YAYAn dah matang dalam pembikinan muzik INDIEpendent.Apatah lagi memilih lirik lirik yang kena dengan jiwanya yang bencikan keganasan yang berlaku dari dahulu hingga sekarang.

Pada yang belum pernah mendengarkan lagu ini,nak,saya selitkan Youtube lagu ini.dan sama samalah kita ambil iktibar akan lagu ini.hayatilah setiap lirik yang di sampaikan oleh mereka berdua ini.




Verse 1 (Yayan):

Baru mula cerita bukan penglipur lara.
Yang tahu cerita benar ataupun dusta.
Kini aku buka mata, buka telinga.
Frekuensi bertukar ke gelombang deria.



Air mata tak dapat lagi di kesat.
Mata biru kini petualang tak dapat lagi di sekat.
Bangga meluru menabik dada penuh dengan hasrat.
2 ribu hingga kini dendam di hati lagi kesumat.



Nenek cerita teka2 silang kata.
Jangan pernah tutup mata, tutup telinga.
Buka segala buka sekali marah bukan merah.
Bagi menyala pada masa akan tiba.



Turun-turun mereka,semua jadi penyamun.
Anak-anak kecil baru lahir kena lantun.
Berdosakah mereka jatuh tak bangun-bangun.
Besi terbang jatuh rampas hak harta karun.



Chorus (Yayan):
Kini mula bangkit terbang meluru luru.
Semua hantu datang tangkis peluru memburu.
Menantikan kedatangan si petualang biru.
Musnah semua pusaka kini tinggal abu. (2x)



Verse 2 (Yayan):
Bergelimpangan merata tak kira jalan.
Dunia hilang taman bila ada kekejaman.
Petualang mata biru benci bila aman.
Sekutu di panggil hapus musuh tak melawan.



Apa hanya dapat bila tonton di televisyen.
Derita mereka terasa di hati dan tertawan.
Aku ingin melawan,apa boleh buat kuasa tak sampai awan.
Yang tinggal kini hujung jari tunjuk arahan.



Ada dua tangan,temukan mereka di simpang.
Hati berdetik panjat kan keamanan.
Tak minta kasihan cuma hapuskan kekejaman.
Sudah termaktub pada akhir zaman.



Hasrat berjuang kini ingin kulaungkan.
Di dalam irama melodi aku melawan.
Kuharap smpai di hati saudara sezaman.
Ini panji amanat kaum akhir zaman.



*Chorus*



Verse 3 (Khalid):
Jauh memang jauh masa ditinggalkan.
Kenangan berzaman tanah diperjuangkan.
Suci ketiga memang jadi rebutan.
Musuh datang dengan hasrat ingin menumpang.



Tumpang dalam diam cucuk dalam-dalam.
Gali segala lubang curi rahsia alam.
Tukar segala riang kini semua jadi bimbang.
Memang betul akhir zaman panji kini ditegakkan.



Tak guna risau kalau diri bukan rimau.
Rimau dalam aku kini jadi risau.
Senjata bukan pisau lidah tajam berkilau kilau.
Cucuk hati teman rasuk jiwa jadi rimau.



Satu satu hantu ,dua dua lima.
Hantu bersatu bukan daripada kayu.
Kita jangan lupa , saudara ada di mana-mana.
Musuhku si petualang mata biru. 



*Chorus*


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..