Kumpulan Jump-P

by 11:41 AM 0 comments


Ehem,pucuk di cita ulam mendatang rupanya,alhamdulillah.Sejak saya aktif blogging mengenai band band tempatan Sabah,rupanya saya juga menerima email dari band luar iaitu dari Semenanjung.Cuma,yang paling best di dengar adalah ada antara band member orang kita iaitu orang Sabah.Bukan 1 malah 2 orang sekali gus iaitu pemain keybord dan drumerrs nya.

Dia iaitu Boy telah menghubungi saya melalui Fb ingin minta kenalkan band mereka yang di beri nama JUMP-P.Mereka mempertaruhkan muzik Power Metal kepada peminat peminat muzik sekarang ini.

Kali ini saya akan menulis artikel mengenai band ini.Harap u all enjoy reading ya...


Jump-P (Dari kiri Boy,Bad,Oney,Rlee Xul)
 Mungkin ada yang perasan bahawa vokalistnya bernama ONEY.Dia lah itu,yang pernah bersam sama kumpulan MAY dengan lagu JEMU.Kini dah ada band baru iaitu JUMP-P.kali ini lagi power suaranya.jauh berbeza dari nyanyian lagu JEMU yang pernah menjadi siulan suatu masa.rasanya masih juga dapat kedengaran di pusat usat karaoke sekitar KK ini.

Band ini mempertaruhkan muzik POWER METAL.Tidak juga keras sangat dan mudah di pahami akan setiap bait bait liriknya.Lagu mereka ini mempunyai tajuk yang menakutkan.Bukan apa,mereka ingin menyampaikan mesej melalui lagu lagu mereka.

Boy Razak
Boy adalah pemain keybord mereka merupakan anak kelahiran Sabah iaitu Tawau.Dia merantau ke Semenanjung untuk mencari pengalaman dan peluang untuk bermain muzik.Kini beliau aktif mencipta lagu untuk beberapa orang artis terkenal tanahair,antaranya Jacylin Victor dan Alif Aziz.

Kini BOY sibuk mempromosikan lagu lagu dari kumpulan mereka kepada radio radio komersial dan juga online.Merurutnya,SABAHAN.FM adalah radio online pertama yang telah diberi kepercayaan oleh mereka (Jump-P) untuk memainkan lagu lagu mereka.Yang paling saya suka adalah,mereka ini bergerak secara INDIEPENDENT.So,mudah untuk mana mana penganjur mengambil mereka mc\embuat persembahan.kan boy..:)

Saya mencadangkan anda semua mendengarkan lagu lagu kumpulan melalui Myspace mereka ini.Anda boleh beri komen atau pandangan akan muzik yang kidenali sebagai POWER METAL ini.Mereka juga berbesar hati untuk membuat persembahan di Sabah,terutamanya di Kota Kinabalu ini.Kepada pihak penganjur yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 0196360323

Semestinya lagu yang paling saya minati adalah MAROBBUKA.heheheh....

p/s
u all bleh req this song masa saya ON AIR yer.huehuehu...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..