Kali ini di Tawau

by 2:05 PM 0 comments

Kalau tak silap beberapa bulan lalu ada satu gigs yang berlangsung di Futsal arena,lahad Datu .Kini Tawau pulak menampakkan taring mereka iaitu ada lagi acara OUT DAY yang menampilkan beberapa buah band tempatan terutamanya daerah Tawau.Ini sudah menampakkan satu aktiviti yang sihat dan dah mula di terima oleh peminat muzik.Apatah lagi berteraskan muzik INDIEpendent.

Kalau lah pihat media di luar sana dapat membuat liputan akan acara ini kan best.Saya berharap pihak penganjur dapat menghantar beberapa keping gambar dan artikel kepada pihak akhbar tempatan untuk di muatkan dalam segmen yang bersesuaian.

Kali ini penglibatan TAWAU BLOGGERS selaku salah satu penganjur yang akan membawa bakat anak anak muda tempatan kita ini di dalam internet.Harap mereka dapat menghebahkan di setiap tuan punya blog akan acara ini.Dan tidak di lupakan hujani FB anda (Tawau Bloggers) dengan gambar gambar semasa acara ini berlangsung


Event kali ini menampilkan beberapa band yang sememangnya ada lagu sendiri.Antaranya AWAN MERAH yang dikenali dengan lagu MOVING ON THE LINE.Antara band band yang akan membuat persembahan dalam azara ini adalah:-


  • Yeahsterday
  • Ugly Monalisa
  • Awan Merah
  • Lazy Wednesday
  • XsBlood
  • 28Days Later

special guess outside Tawau

  • Chicken N Fox (Lahad Datu)
  • Lintah Darat (Lahad Datu)
  • Elephant Oi (Sandakan)

Jadi pada mereka yang berada di Tawau dan menjurus kepada muzik aliran bawah tanah ini,jangan lupa bawa kamera DSLR atau pastikan HP anda mempunyai memory yang cukup untuk mengambil gambar band band kegemaran anda.Lepas tu share di FB or blog anda.

Dan sama samalah kita laungkan SUPPORT LOCAL BAND di mana sahaja u all berada.

p/s
Jangan lupa untuk SHARE info ini di FB  ANDA sebagai tanda sokongan anda terhadap industri muzik tempatan Sabah.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..