Bongawan Death Metal

by 10:05 AM 0 comments

HARLOTNYMPH
 Rasanya inilah band Death Metal yang pertama aku buat artikel di website aku ini.rasanya tak salah kan.Secara jujurnya aku pun ingin mengetahui perjalanan muzik sebegini rupa.Harap dapat bantuan dari band local yang menerajui muzik keras macam ini.Sekiranya ingin menghantarkan sebarang info menenai band2 anda,sila emailkan kepada langau78@gmail.net



Kumpulan ini terdiri dari 4 orang anak muda iaitu  Joe,Syax,Nyl,Paul & Jamal.kesemuanya meminati muzik Metal dan tidak dinafikan cara mereka membawakan lagu lagu mereka seakan akan sama dengan band influence mereka iaitu Sil Khannaz,Dimmu Borgir Burzum dan juga Megadeath.Mulanya saya juga tertanya tanya maksud HARLOTNYMPH ini.Akhirnya saya berjaya mendapat tahu bahawa ianya membawa maksud HARLOTH itu adalah PELACUR.manakala NYMPH pula membawa paksud BIDADARI .Bagi mereka "Its caused of theres no discrimination against women".

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut akan maksud tersirat,anda kena tanya dengan band2 member ini sendiri ya.Bukan apa,saya takut tersalah tafsir saja.Almaklumlah,saya pun baru berjinak jinak untuk mendekatkan diri dengan muzik berkonsepkan Metal ini.Harap dapat tunjuk ajar dari brader2 di luar sana...





Band ini berasal dari daerah Bongawan Sabah yang di tubuhkan sekitar tahun 2001.Pada mulanya,Band HARLOTNYMPH ini menggunakan nama HAZAZEL MAUT yang mana di anggotai oleh Mayoui selaku Vokalis,Jamal selaku pemain Gitar,Syax juga pemain gutar,Nyl [emain Bassist dan Joe sebagai pemain drum.namun setelah ada sebab sebab yang tak dapat di elakkan,vokalist asal Mayoui menarik diri dan di gantikan oleh Paul.Dan pada masa itulah rombakan besar telah berlaku di mana Joe bertukar angin kepada vokal dan Jamal mengambil alih kuasa pukulan drum.Semuanya berlaku sekitar awal 2005.Sehingga kini,band ini masih mengekalkan ahli ini dalam HARLOTNYMPH.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai band HARLOTHNYMPH ini,anda boleh menggunakan FACEBOOK mereka iaitu HARLOTNYMPH ataupun cuba dengarkan lagu lagu mereka dah lama berkumandang di Myspace mereka.Sila layari link ini Harlotnymph dan anda nilai sendiri lagu dan muzik ynag mereka bawa.

Antara lagu lagu mereka yang dapat perhatian dari warga Myspace adalah:-
1)Metal War
2)Darah Terror

Jadi,pada mereka yang di luar sana dan yang sealiran dengan konsep muzik mereka,tunjukkan support anda dengan melayari Myspace mereka dan dengarkan lah lagu lagu mereka.Berhubung dengan anggota mereka melalui FB.Dan yang pasti,pada setiap kali GIGs,mereka tak akan lepaskan peluang untuk beraksi di pentas GIG yang berlangsung sekirat KK mahupun luar KK.

Jangan samakan band metal luar sana,dengan band metal tempatan kita.Sama samalah kita menyokong mereka dengan mendengarkan lagu lagu mereka melalui myspace mereka.kerana agak sukar untuk mendengarkan lagu lagu Metal berkumandang di corong corong radio.Faham faham lah kan..:)

p/s
kepada band ini,saya ingin mendapatkan lagu METAL WAR & DARAH TERROR dalam bentuk mp3 untuk dimainkan di dalam radio online.Itupun dengan persetujuan anda semua..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..