Need your support

by 9:53 AM 0 comments
http://www.djlangau.net


Alhamdulillah dan sebelum tu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada peminat peminat  industri muzik tempatan kita terutama sekali Aliran Muzik Bawah Tanah atau UNDERGROUND ini.Semenjak saya mengujudkan blog ini,makin ramai pula pelawat pelawat dari pelbagai tempat,negeri mahupun negara telah berkunjung ke blog ini.

Mulanya blog ini hanya tempat saya menceritakan serba sedikit mengenai band band tempatan Sabah.Namun,atas sambutan yang menggalakkan saya bersiap sedia untuk menjadikan blog ini sebagai sumber infomarsi bagi kegiatan band band tempatan kita secara serius.

Setelah berpikir panjang,saya mengambil keputusan untuk membeli Domain Langau untuk memperkuatkan lagi kepercayaan pengunjung pengunjung blog ini.Saya juga mengalu alukan pada bloggers atau sesiapa sahaja  yang ingin meletakkan sebarang IKLAN dengan bayaran yang sangat berpatutan.

Untuk pengetahuan anda,saya juga adalah penulis artikel di dalam website Sabahan.FM dalam ruangan UNDERGROUND,GIGS,BAKAT BARU,LAGU BARU dan yang berkaitan dengan muzik di Negeri Sabah.
Dimana setiap kali ada info terbaru mengenai industri tempatan saya akan menulisnya di website Sabahan.FM ini untuk memberitahu kepada semua masyarakan akan aktivi yang berlangsung di Sabah.sekiranya ada di antara anda yang ingin berkongsikan sebarang info mengenai band anda atau lagu baru atau apa sahaja,hantarkan sahaja pertanyan anda ke alamat email kami di Email kami ini.

Sama sama lah kita menyokong industri tempatan yang mula dah menampakkan kebangkitan di Negeri Sabah ini.Dan pastikan kita terapkan kempen "NO DRUGS,NO ALCHOCOL & NO VIOLANCE" di dalam diri pengiat muzik ini.Kerana 3 benda ini tidak dapat membuatkan anda maju dalam industri muzik ataupun menjamin masa depan anda.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..