Keluar SUDAH,Yahooooooooo

by 8:59 AM 0 comments
Senyum BAND EP

Sebelum cerita cerita panjang nak ucapkan TAHNIAH pada SENYUM BAND atas kejayaaan mengeluarkan EP pertama dari band mereka.Akhirnya cita cita u all termakbul juga.So,sekarang ini kita bergantung dengan sokongan orang orang kita (SABAHAN) dahulu untuk membeli dan mendengarkan lagu lagu ciptaan SENYUM BAND ini

Kalau tak silap,mereka ini berasala dari daerah Keningau,Sabah.Lagu pertama yang mereka pertaruhkan di radio online SABAHAN.FM adalah LAMPU HIJAU.Dan juga lagu ini telah kedengaran di SuriaFM setiap pagi yang di terajui oleh Dj OTHOE.

Baru baru ini,mereka telah menghantarkan lagi sebuah single yang berjudul TERUS TERANG.Saya suka lagu itu dan sudah memutarkan di SABAHAN.FM juga.

Yang paling bestnya pasal band ini,inilah antara band yang paling ramai lineupnya dalam satu kumpulan .Iaitu seramai 2 oarang sahaja.Macam tuh???,siapa cakap 2 orang teda buli kompos lagu?Mereka dah buktikan ni..:).

MC & LON
Macam ni lah,kalau kamu mau tahu dengan lebih lanjut pasal band ini dan ingin dengarkan lagu lagu ciptaan mereka,sila lawati MYSPACE mereka iaitu SENYUM BAND.Anda nilai lah sendiri lagu2 mereka.Biarpun mereka berada di kawasan pedalaman lah katakan,namun itu bukan menjadi satu masalah untuk mereka memperkenalkan muzik mereka pada dunia luar.terutamanya warga Internet lah..:)

So,pastikan kita menyokong mereka dengan mendapatkan EP mereka yang harganya cukup murah dan sangat berpatutan.Kalau boleh JANGANlah cuba mendapatkannya secara DOWNLOAD or BLUIETOOTH.Sama sama lah kita perlihara hak cipta mereka ini.Rasanya inilah langkah kita sebagai tanda menyokong muzik mereka.

Sekiranya anda sudah mendapatkan EP mereka,JANGAN cuba burn or share dengan kawan2.Arahkan mereka juga untuk mendapatkan yang ORIGINAL daripada mereka ini sendiri.Kita cuba hapuskan "BURN, ataupun Share thru handpon ini".Boleh bah kan...

Dan sekiranya anda ingin berinteraksi secara dekat dengan mereka ini,sila add lah page mereka di FB anda iaitu Senyum Band Fan Page

Semestinya SABAHAN.FM menyokong lagu lagu tempatan buatan Anak anak Sabah.Sebab "KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI" kannn..:)

"Peace & support Indiependent artis"

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..