Tuan punya Lagu "bulan 8 Di Sandakan"

by 11:00 AM 5 comments
Apabila terdengar lagu "BULAN 8 DI SANDAKAN" teringin juga tahu siapa punya lagu itu.Ada yg cakap,dari band "GERODOK".Dan ada jugayang cakap dari band "The Batalion"
Ada juga yang bilang tu lagu dari band "Indonesian".Aku cuba mendapatkan sumber2 untuk kepastian.Dengan bantuan sahabatku iaitu "Ampuan Awang a.k.a RYUJIN,beliau telah memberikan no talipon salah sorang anggota band Gerodok ini iaitu saudara "Pyan" yang kini berada di Lahad Datu.

Tanpa pikir2 lagi,aku call la trus ni mamat dan panjang juga aku bercerita dgnnya ini.Dia kata,next week dia akan turun KK atas urusan leluarga.So,rasanya inilah masanya untuk warga Sabah tahu sedikit sebanyak cerita pasal lagu "bulan 8 di Sandakan"itu.Yang mana lirik lagu itu di tulis oleh saudara Pyan ini sendiri.

So,nantikan sahaja siaran langsung yang bakal SABAHAN.FM siarkan.Keep alert di FB Sabahan.Fm sentiasa.Untuk mendengarkan radio online SABAHAN.FM,sila klik http://sabahan.fm/listen.pls atau http://www.sabahan.fm

Berikut adalah serba sedikit mengenai band Gerodok

...Bermulanya pada tahun 1994 irama muzik Punkrock baru kedengaran ditelinga kami dan kawan-kawan yg lain yang suka membuang masa dan berbual kosong saja. Pada tahun 1995 Battle of the Band di sinilah kami berpeluang untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar dan kami menubuhkan band “Celebrity Punk” persambahkan irama muzik baru ditelinga mereka yang lain, Beberapa lagu Cover dari band local The Pilgrims, Carburetor Dung, Subculture dan The Bollock. Memang pada waktu itu banyak band-band rock di Lahad Datu yang ingin merebut Juara battle of the band setiap tahun, tapi kami hanya untuk kepuasan kami sendiri dan pada kawan-kawan yang lain. Dari situ kami terus bersama memainkan lagu punk setiap kali anjuran Battle of the band. Di pertengahan tahun 1996 line-up kami berundur diri, Yusly dan Taib membawa diri ke Kuala Lumpur kepincangan band kami ketara sekali terutama didlm Drummer dan kekosongan itu Joey selaku drummer kami yang baru. Pada waktu itu kami menukar nama band pada “Grow Dog” satu nama yang memberi pembaruan dan cuba menghasilkan lagu sendiri untuk band kami yang baru 4 jejaka tampan, tapi tidaklah sehebat nama yang selalu di sebut “Gerodok” oleh kawan-kawan yang lain, dari situ kami tukarkan kepada “GERODOK”...

Copy & paste from :-

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..