Sejarah Dj Langau

by 2:00 PM 0 comments
2 tahun yang lalu saya hanyalah seorang chatter di salah sebuah portal online radio yang base on Semenanjung yang di kenali sebagai Malay.net ataupun MnetFM.Atas dasar minat yang mendalam ingin menceburi bidang penyiaran ini,aku pun memohon untuk menjadi DJ radio di sana.

Pada masa itu pendengarnya lingkungan 50-70 org maintain setiap hari.Mcm siuk juga jadi DJ ni.Dapat tunaikan lagu lagu permintaan serta dapat bercerita2 dengan pendengar.

Aku di latih selama 1 bulan oleh seorang DJ senior yang hanya di kenali sebagai SWEET (wanita).Alhamdulillah,aku cepat berlajar dan dapat menjadi DJ radio di sana juga.

Memang siuk juga melayan karenah2 chatters,listener yang macam2 ni.semenjak aku join sana,aku menjemput teman2 yang mengenali aku tuk mendengarkan suara dj langau la kunun.

Hinggalah sampai pada satu tahap di mana aku ingat Sabah juga kena ada radio online sendiri.Then aku serta ATOMM(my best frendz) telah menemui SABAHAN.NET yang pada masa itu famous dgn forum yang best2.Aku & Atomm mengambil keputusan untuk bertemu tuan punya website iaitu Abglang dan mencadangkan agar di tambah lagi dgn RADIO untuk website itu.Alhamdulillah,pada 04.04.2008 tertubuhnya Sabahan.fm sekitar jam 1pagi.

Dan dari sana lah bermulanya karier dj langau sebagai Dj Online Radio di Sabahan.fm.Dengan di bantu dgn beberapa org dj baru.Antaranya Jason,Iter,Ayu & Black.Kemasukkan mereka menjadikan Sabahan.Fm makin di minati dgn slot2 yang mereka ujudkan di radio Sabahan.fm tersebut.

Bermula lah kebangkitan radio SABAHAN.FM hingga di kenali ramai.Sehinggakan kami membuat keputusan untuk membuat siaran luar iaitu menyiarlangsungkan acara SUGANDOI 2008.

Hingga lah sekarang,Sabahan.fm masih lagi bertahan dgn di terajui oleh Abglang serta Admin2 yang kuat dari segi IDEA dan perancangan.Tidak di lupakan Dj2 yang menghiburkan warga Sabahan.fm.

Rasa macam belum puas lagi dengan apa yang ada sekarang.Aku still inginkan STUDIO kami sendiri yang di lengkapi peralatan canggih seakan radio radio frekuenci lain (seperti dalam gambar di atas).Insyallah,ianya akan menjadi kenyataan satu hati nanti.Doakan kami akan kekal di dunia penyiaran radio online.

Teruskanlah menyokong industri tempatan,tidak kiralah samada produk ataupun lagu lagunya.Dan selagi sabahan.fm ada,selagi itulah Dj langau akan membantu artis2 tempatan serta memprimosikan lagu2 mereka di halwa telinga pendengar radio online.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..