Terma dan Syarat OnlineFM

by 2:31 PM 0 comments
Ramai yang tertanya tanya tentang lagu jenis apa yang boleh dihantarkan atau dimainkan oleh pihak OnlineFM .Oleh kerana misi dan visi utama adalah untuk menjadi platfom dan saluran band band INDIEpendent di Malaysia,pihak onlinefm telah bersetuju untuk menerima semua jenis lagu.Termasuklah lagu dari aliran muzik keras iaitu METAL.

Begitu juga dengan kualiti lagu yang anda hantarkan.Pihak onlineFM juga menerima dalam kualiti DEMO.Asalkan ianya dalam format mp3

Dengan berlandaskan beberapa syarat yang kita semua sedia maklum terutamanya pemuzik di Malaysia ini bahawa lagu yang berunsurkan Politik, dan yang menyentuh mengenai keburukkan sesebuah agama adalah dilarang atau tidak akan di putarkan di OnlineFM.

Pada yang ingin mendengarkan lagu mereka di radio,sila emailkan lagu anda ke alamat (onlinefm2010@gmail.com) dan jangan lupa sertakan band profile ( Myspace,FB page,Reverb, etc) untuk info pihak onlineFM tentang band anda.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..